Tuesday, August 31, 2010

Ramadan - Antara Peristiwa Penting Yang Pernah Berlaku

21 Ramadan - Saidina Ali bin Abi Talib telah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Pesanan terakhir kepada anak-anaknya "BERTAQWALAH KEPADA ALLAH.."

Ucapannya yang terakhir "AKU TELAH MENANG DEMI TUHAN KAABAH.."

Kita menangisi kematiannya. Dia meninggalkan kita untuk bertemu dengan kekasihnya. Pernah Saidina Ali membeli dua pasang baju yang sama mutunya, ada yang bertanya mengapa sampai dua, beliau menjawab "Satu untuk aku dan satu lagi untuk pembantu ku.."

Seorang yang miskin dan lumpuh pernah dirawat dan dibersihkan oleh Saidina Ali setiap hari sebelum beliau menjalankan tugasnya sebagai Khalifah. Sebaik sahaja simiskin dan lumpuh itu menerima berita tentang kematian Saidina Ali, beliau terus meratap sayu kerana beliau baru menyedari orang yang merawat dan membersihkannya selama ini adalah seorang Khalifah.

Saidina Abu Bakar R.A pernah mendengar Nabi SAW bersabda.."Memandang wajah Ali adalah ibadah.."

Syukur kepada Allah kerana menjadikan Ali untuk kami ikuti. Selawat..

(Ada juga pandangan yang mengatakan Saidina Ali menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 17 Ramadan Tahun 41 Hujrah bersamaan tahun 661 Masehi)

Wednesday, August 25, 2010

Ya Ala Baitin Nabi _ Sulis Cinta Rasul

Riwayat Hidup Saidina Hussein bin Ali bin Abu Talib

Sabda Rasulullah SAW: "Wahai puteraku al-Husein, dagingmu adalah dagingku, dan darahmu adalah darahku, engkau adalah seorang pemimpin putera seorang pemimpin dan saudara dari seorang pemimpin, engkau adalah seorang pemimpin spiritual, putera seorang pemimpin spiritual dan saudara dari pemimpin spiritual. Engkau adalah Imam yang berasal dari Rasul, putera Imam yang berasal dari Rasul dan Saudara dari Imam yang berasal dari Rasul, engkau adalah ayah dari semua Imam".

Di tengah kebahagiaan dan kerukunan keluarga Fatimah Az-Zahra r.a. lahirlah seorang bayi yang akan memperjuangkan kelanjutan misi Rasulullah SAW. Bayi itu tidak lain adalah Saidina Husein bin Ali bin Abi Thalib r.a., yang dilahirkan pada suatu malam di bulan Syaa'ban.

Rasulullah SAW bertanya pada Imam Ali bin Abi Thalib k.w.j.: "Engkau berikan namanya apa kepada anakku ini?" "Saya tidak berani mendahuluimu, wahai Rasulullah," jawab Ali. Akhirnya Rasulullah SAW mendapat wahyu agar menamainya 'Husein'. Kemudian di hari ketujuh, Rasulullah SAW bergegas ke rumah Fatimah Az-Zahra dan menyembelih domba sebagai aqiqahnya. Lalu dicukurnya rambut Husein dan Rasulullah SAW bersedekah dengan perak seberat rambutnya yang kemudian mengkhatannya sebagaimana upacara yang dilakukan untuk Saidina Hasan bin Ali bin Abi Thalib r.a.

Sebagaimana Saidina Hasan, Saidina Husein juga mendapat didikan langsung dari Rasulullah SAW. Dan setelah Rasulullah wafat, beliau dididik oleh ayahnya. Hingga akhirnya Saidina Ali terbunuh dan Saidina Hasan yang menjadi pemimpin ketika itu. Namun Saidina Hasan pun syahid dalam mempertahankan Islam dan kini Saidina Husein yang menjadi Imam atas perintah Allah dan RasulNya serta wasiat dari saudaranya. Saidina Husein hidup dalam kedudukan yang paling sulit. Itu semua merupakan akibat adanya penekanan dan penganiayaan serta banyaknya kejahatan dan kedurjanaan yang dilakukan Muawiyah. Bahkan yang lebih teruk lagi, Muawiyah menyerahkan kekhalifahan kaum muslimin kepada anaknya Yazid laknatullah, yang terkenal sebagai pemabuk, penzina, yang tidak pernah mendapat pendidikan Islam, serta seorang pemimpin yang setiap harinya hanya bermain dan berteman dengan kera-kera kesayangannya.

Hukum-hukum Allah tidak dijalankan, sunnah-sunnah Rasulullah SAW ditinggalkan dan Islam yang tersebar bukan lagi Islamnya Muhammad SAW, melainkan Islamnya Muawiyah serta Yazid yang lebih dikenali dengan kerosakan dan kedurjanaan. Saidina Husein merupakan tokoh yang paling ditakuti oleh Yazid. Hampir setiap kerosakan yang dilakukannya ditentang oleh Saidina Husein dan beliau merupakan seorang tokoh yang menolak untuk berbaiat kepadanya. Kemudian Yazid segera menulis surat kepada gabenornya al-Walid bin Utbah, dan memerintahkannya agar meminta baiat dari penduduk Madinah secara umum dan dari Saidina Husein secara khusus dengan apa cara sekalipun.

Melihat itu semua, akhirnya Saidina Husein meninggalkan Madinah. Namun sebelum meninggalkan Madinah, beliau terlebih dahulu berjalan menuju maqam datuknya Rasulullah SAW, serta solat di situ dan berdoa: "Ya Allah ini adalah kubur nabi-Mu dan aku adalah anak dari puteri nabi-Mu ini. Kini telah datang kepadaku persoalan yang sudah aku ketahui sebelumnya. Ya Allah! Sesungguhnya aku menyukai yang maaruf dan mengingkari yang mungkar, dan aku memohon kepada-Mu, wahai Tuhan yang Maha Agung dan Maha Mulia, melalui haq orang yang ada dalam maqam ini, agar jangan Engkau pilihkan sesuatu untukku, kecuali yang Engkau dan Rasul-Mu meridhainya". Setelah menyerahkan segala urusannya kepada Allah, beliau segera mengumpulkan seluruh Ahlul-Bait dan pengikut-pengikutnya yang setia, lalu menjelaskan tujuan perjalanan beliau, yakni ke Mekah.

Mungkin kita bertanya-tanya, apa sebenarnya motivasi gerakan revolusi yang dilakukan Saidina Husein hingga beliau harus keluar dari Madinah. Saidina Husein sendiri yang menjelaskan alasannya kepada Muhammad bin Hanafiah dalam surat yang ditulisnya: "Sesungguhnya aku melakukan perlawanan bukan dengan maksud berbuat jahat, sewenang-wenang, melakukan kerosakan atau kezaliman. Tetapi semuanya ini aku lakukan semata-mata demi kemaslahatan umat datukku, Muhammad SAW. Aku bermaksud melaksanakan amar maa’ruf nahi mungkar, dan mengikuti jalan yang telah dirintis oleh datukku dan juga ayahku, Ali bin Abi Thalib. Ketahuilah barangsiapa yang menerimaku dengan haq, maka Allah lebih berhak atas yang haq. Dan barang siapa yang menentang apa yang telah kuputuskan ini, maka aku akan tetap bersabar hingga Allah memutuskan antara aku dengan mereka tentang yang haq dan Dia adalah sebaik-baik pemberi keputusan."

Setelah melakukan perjalanan yang jauh, akhirnya rombongan Saidina Husein tiba di kota Mekah, yaitu suatu kota yang dilindungi Allah SWT yang dalam Islam merupakan tempat yang di dalamnya perlindungan dan keamanan dijamin. Peristiwa ini terjadi di akhir bulan Rejab 60 Hijrah.

Selama empat bulan di Mekah, Saidina Husein banyak berdakwah dan membangkitkan semangat Islam dari penduduk Mekah. Dan ketika tiba musim haji, beliau segera melaksanakan ibadah haji dan berkhutbah di depan khalayak ramai dengan khutbah singkat yang mengatakan bahawa beliau akan ke lraq menuju kota Kufah.

Selain kerana keselamatan Saidina Husein sudah terancam, ribuan surat yang datangnya dari penduduk kota Kufah juga menjadi pendorong keberangkatan Saidina Husein ke kota itu. Dan sehari setelah khutbahnya itu, Saidina Husein berangkat bersama keluarga dan para pengikutnya yang setia, memenuhi panggilan tersebut.

Ketika dalam perjalanan, ternyata keadaan kota Kufah telah berubah. Yazid mengirimkan lbnu Ziyad bagi menyiasat keadaan. Wakil Saidina Husein (Muslim bin Aqil), diseret dan dipenggal kepalanya. Orang-orang yang setia kepada Saidina Husein segera dibunuhnya. Penduduk Kufah pun berubah menjadi ketakutan, laksana tikus yang melihat kucing.

Sekitar tujuh puluh kilometer dari Kufah di suatu tempat yang bernama 'Karbala', Saidina Husein beserta rombongan yang berjumlah 70 (tujuh puluh) orang; 40 (empat puluh) laki-laki dan selebihnya kaum wanita; dan itu pun terdiri dari keluarga Bani Hasyim, baik anak-anak, saudara, sepupu dan saudara sepupu, telah dikepung oleh pasukan bersenjata lengkap yang berjumlah 30 (tiga puluh) ribu orang.

Musuh yang tidak berperikemanusiaan itu melarang Saidina Husein dan rombongannya untuk meminum dari sungai Eufrat. Padahal, anjing, babi dan binatang lainnya dibenarkan berendam di sungai itu sepuas-puasnya, sementara keluarga suci Rasulullah SAW dilarang mengambil air walaupun seteguk.

Penderitaan demi penderitaan, jeritan demi jeritan, pekikan suci dari anak-anak yang tak berdosa menambah sedihnya peristiwa itu. Saidina Husein yang digambarkan oleh Rasul sebagai pemuda penghulu syurga, yang digambarkan sebagai Imam di saat duduk dan berdiri, harus menerima perbuatan keji dari manusia yang tidak mengenang budi.

Pada tanggal 10 (sepuluh) Muharram 61 Hijrah (680 Masehi), pasukan Saidina Husein yang berjumlah 70 (tujuh puluh) orang telah berhadapan dengan pasukan bersenjata lengkap yang berjumlah 30,000 (tiga puluh ribu) orang. Seorang demi seorang dari pengikut al-Husein mati terbunuh. Tak luput keluarganya juga mati dibunuh. Tubuh mereka dipisah-pisahkan dan dipijak-pijak dengan kuda. Hingga ketika tidak ada seorangpun yang akan membelanya beliau mengangkat anaknya yang bernama Ali al-Asghar, seorang bayi yang masih menyusu sambil menanyakan apa dosa bayi itu hingga harus dibiarkan kehausan. Belum lagi terjawab pertanyaannya sebuah panah telah menancap di dada bayi tersebut dan ketika itu pula bayi yang masih kecil itu harus mengakhiri riwayatnya dalam dakapan ayahnya, Al-Husein r.a.

Kini tinggallah Al-Husein seorang diri, membela misi suci seorang nabi, demi perintah Allah apapun boleh terjadi, asal agama Allah boleh tegak berdiri, badan pun boleh mati. Perjuangan Al-Husein telah mencapai puncaknya, tubuhnya yang suci telah dilumuri darah, rasa haus pun telah mencekiknya. Tubuh yang pernah dikucup dan digendong Rasulullah SAW kini telah rebah di atas padang Karbala. Lalu datanglah Syimr, menaiki dada al-Husein lalu memisahkah kepala beliau serta melepas anggota tubuhnya satu demi satu.

Setelah kepergian Saidina Husein ke rahmatullah, pasukan musuh merampas barang-barang milik beliau dan pengikutnya yang telah tiada. Kebiadaban mereka tidak cukup sampai di sini, mereka lalu menyerang khemah wanita dan membakarnya serta mempermalukan wanita keluarga Rasulullah SAW. Rombongan yang hanya terdiri dan kaum wanita itu, kemudian dijadikan sebagai tawanan perang yang dipertontonkan dan satu kota ke kota lain.

Rasulullah SAW yang mendirikan negara Islam dan membebaskan mereka dari kebodohan. Namun keluarga Umayyah yang tidak tahu membalas budi telah memperlakukan keluarga Rasulullah sedemikian rupa. Beginikah cara umatmu membalas kebaikanmu wahai Rasulullah? Benarlah sabda Rasulullah SAW yang berbunyi: "Wahai Asma! Dia (al-Husein) kelak akan dibunuh oleh sekelompok pembangkang sesudahku, yang syafaatku tidak akan sampai kepada mereka."

Pembicaraan tentang Saidina Husein adalah pembicaraan yang dipenuhi dengan emosi dan pengorbanan. Semoga Allah SWT melaknat mereka yang terlibat dalam pembunuhan Saidina Husein dan keluarganya di dunia dan akhirat.

Dan semoga Allah SWT memasukkan Saidina Husein serta pengikut-pengikutnya yang setia ke dalam golongan orang-orang yang soleh yang diredhaiNya.

Riwayat Hidup Saidina Hassan bin Ali bin Abi Talib

oleh Ustaz Syed Hasan Alatas

MUKADDIMAH

Orang yang arif bijaksana akan mengambil pelajaran dari peristiwa sejarah dimasa lalu. Sejarah dunia telah membuktikan bahwa sesiapa yang memperoleh kekuasaan dengan cara yang salah, iaitu dengan cara menipu, zalim, mengikut hawa nafsu, meskipun pada mulanya dia berjaya tetapi akhirnya dia akan menerima segala akibat perbuatannya sendiri, contohnya sungguh banyak dalam sejarah dunia.

Demikian pula dalam sejarah Islam, apa yang terjadi terhadap diri para tokoh sejarah Islam, terutama terhadap derita sengsara para Ahlul Bait (keluarga Nabi s.a.w. yang terdekat) semoga dapat dijadikan suri teladan bagi kita semua, terutama kepada kita ummat Islam, supaya kita memperoleh kejayaan dalam segala bidang serta mendapat rahmat, barakah karena dalam keredhaan Allah s.w.t.

DIBESARKAN DALAM ASUHAN RASULALLAH S.A.W.

Riwayat hidup Saidina Hasan bin Abi Thalib dapat kita jadikan suri teladan yang baik bagi kita semua. Semenjak kelahirannya iaitu pada hari Khamis, 7 Syafar 49 H hingga berusia tujuh tahun Saidina Hasan Cucu Rasullah s.a.w. ini telah mendapat pendidikan langsung dari Rasullah s.a.w. Demikian eratnya hubungan Rasulallah s.a.w. dengan Saidina Hasan, sehingga selalulah Saidina Hasan diajak oleh Datuknya bersama-sama pergi ke Masjid atau ketempat-tempat penting lainnya. Kasih sayang dan bimbingan serta asuhan yang diberikan Nabi s.a.w. terhadap cucundanya itu, telah menjadikan peribadi Saidina Hasan dikenal sebagai seorang yang soleh, cerdas, peramah, murah hati, pemberani, berpengetahuan luas dan cintakan perdamaian.

Hasan dan Husein adalah kecintaan Nabi s.a.w. dan Nabi s.a.w. memanggil kedua-kedua cucunya itu sebagai anak-anaknya, hal ini jelas disebutkan dalam al-Quranul Karim ketika terjadi satu peristiwa yang terkenal dengan ‘Mubahalah’ (cara Nabi s.a.w. menghadapi Nasrani bani Najran untuk mencari kebenaran. Nabi s.a.w. bersedia bermubahalah, yakni masing-masing pihak bersedia untuk mendapat laknat Allah andaikata mereka berdusta. Akan tetapi Nasrani Najran kuatir mereka ditimpa laknat Allah, maka mereka tidak bersedia bermubahalah.)

Ketika itu Nabi mengajak kedua-dua cucunya yaitu Hasan dan Husein, ikut serta ayahanda mereka Saidina Ali bin Abi Thalib dan ibunda mereka Fathimah Azzahra. Dalam ayat al-Quran surah Ali Imran ayat 61, Allah berfirman :” Kemudian sesiapa yang membantahmu (wahai Muhammad) mengenainya, sesudah engkau beroleh pengetahuan (yang benar) maka katakanlah kepada mereka: “Marilah kita memanggil anak-kami dan anak-anak kamu, dan perempuan-perempuan kami dan perempuan-perempuan kamu, dan diri kami dan diri kamu, kemudian kita memohon (kepada Allah) dengan bersungguh-sungguh, serta kita meminta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang-orang berdusta.”

Nabi s.a.w. juga bersabda :” Semua anak Adam bernasab kepada orang tua lelaki (ayah mereka) kecuali anak-anak Fathimah. Akulah ayah mereka dan akulah yang menurunkan mereka”. Alhamdulillah sehingga hari ini, dan berakhirnya dunia ini, dimana-mana masjid yang besar ataupun kecil diseluruh dunia Islam, apapun Mazhab mereka, semuanya tidak lupa mendoakan kepada keluarga dan keturunan Rasulallah s.a.w.

Memang sudah sepatutnya kita mendoakan mereka yang telah berjuang dan berbakti dalam menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam keseluruh pelosok dunia, apalagi Nabi s.a.w. tidak mengharap apa-apa upah atau balasan jasa terhadap segala pengorbanan yang telah beliau berikan, hanya saja Baginda mengharapkan supaya ummatnya berbuat baik kepada kerabatnya. Allah berfirman yang bermaksud: “Katakanlah, Aku tidak meminta upah dari kalian atas (penyampaian risalah ini) selain kecintaan (kamu) kepada kerabatku”. (Surah al_Syura: 23)

Saidina Hasan dikenal sebagai orang yang selalu bersujud dan sangat khusyuk dalam solatnya, dikala solat pipinya basah dengan air mata dan wajahnya pucat karena takut kepada Allah s.w.t.

Saidina Hasan dikenal sebagai orang yang tidak segan untuk duduk dengan orang miskin, pengemis dan gelandangan, dan bersedia menjawab pertanyaan mereka apa-apa pertanyaan berkenaan dengan Islam.

Berkat asuhan dan didikan Datuknya (Rasulallah s.w.a), Saidina Hassan membesar menjadi seorang dewasa yang mempunyai akhlak dan budi pekerti yang mulia dan berwibawa.



DIBESARKAN DALAM ASUHAN AYAHANDANYA ALI BIN ABI THALIB.

Setelah wafatnya Rasulallah s.a.w., selama masa tiga puluh tahun, Saidina Hasan berada dalam asuhan dan didikan ayahandanya Saidina Ali bin Abi Thalib k.w. sehingga ayahandanya syahid terbunuh dengan pedang beracun yang ditikam oleh Abdurrahman bin Muljam.

Setelah wafat Saidina Ali, maka Saidina Hasan dipilih oleh ummat Islam ketika itu sebagai pengganti Khalifah Ali bin Abi Thalib k.w.

HALANGAN DAN RINTANGAN DARI MUAWIYAH BIN ABI SUFYAN:

Sayang sekali Muawiyah bin Abi Sofyan terus menerus menggangu Pemerintahan Saidina Hassan. Berbagai angkara dibuatnya, karena inginkan kekuasaan Khalifah beralih ke tangannya. Tak henti-hentinya ia menyerang, sehingga banyaklah yang terbunuh dikedua pihak. Muawiyah bin Abi Sofyan mengirim perutusan kepada Saidina Hasan. Perutusan ini terdiri daripada Abdullah bin Amir bekas penguasa di Basrah (ketika Khalifah Othman) dan Abdul Rahman bin Samurah. Perutusan Muawiyah itu menawarkan perdamaian kepada Saidina Hasan dan mendesak supaya menerima perdamaian tersebut.

Untuk menghindari pertumpahan darah sesama Muslimin, maka Saidina Hassan menerimaa baik tawaran perdamaian dari Muawiyah. Saidina Hasan mengirim dua orang utusan kepada Muawiyah iaitu Amr bin Salamah al-Hamdani dan Mohammad bin al-Asy’at al-Kindiy, untuk memperoleh kebenaran tentang tawaran Muawiyah dan juga untuk menyampaikan pendirian Saidina Hasan sendiri.

Kepada kedua-dua utusan Saidina Hasan itu Muawiyah menyerahkan sepucuk surat yang isinya sebagai berikut:

Bismillahirrahmanirrahim,

“Surat ini untuk Hasan bin Ali k.w., dari Mu’awiyah bin Abi Sufyan. Aku mengajak anda berdamai atas dasar janji bahwa sepeninggalanku kekhalifahan adalah menjadi hak anda. Dibawah kesaksian Allah s.w.t. kepada anda aku berjanji, berdasarkan mitsaqNya dan dengan kesaksian umat RasulNya Muhammad s.a.w. Tidak ada yang lebih keras dituntut oleh Allah s.w.t. daripada seorang hambanya selain kewajiban memenuhi perjanjian yang mengikat yang telah dinyatakan. Aku tidak berniat untuk menjerumuskan anda kedalam bencana dan marabahaya. Aku berjanji akan memberi anda setiap tahun satu juta dirham dari Baitulmal. Aku berjanji pula akan menyerahkan kepada anda hasil pemasukan kharaj dari dua daerah di Parsi yaitu Yasa dan Dara Bajrad. Anda dapat mengirim pegawai anda ke dua daerah itu dan di sana anda dapat berbuat apa saja menurut kehendak anda sendiri. Janjiku ini disaksikan oleh Abdullah bin Amir, ‘Amr bin Salamah al-Kindiy.

Ditulis pada bulan Rabiulakhir tahun empat puluh satu Hijrah.”

Oleh karena Saidina Hasan seorang yang berjiwa lembut dan ingin melihat Ummat Islam kembali bersatupadu dibawah satu pimpinan, maka surat Muawiyah tersebut dijawab oleh Saidina Hasan yang meminta jaminan keselamatan bagi semua orang, dan Saidina Hasan menuliskan: “inilah syarat perdamaian yang dijanjikan oleh Hasan bin Ali kepada Muawiyah bin Abi Sufyan. Hasan akan menyerahkan kepada Muawiyah pemerintahan kaum muslimin atas dasar syarat, Muawiyah akan bekerja sesuai dengan Kitabullah, Sunnah RasulNya dan dasar politik para khalifah yang solih. Juga atas dasar syarat Muawiyah tidak akan menunjuk siapapun juga sebagai Khalifah penerusnya setelah ia meninggal dunia. Soal ke Khalifahan akan dipecahkan melalui musywarah,

dan semua orang dijamin keselamatan jiwanya, harta bendannya dan segenap anggota keluarganya. Muawiyah tidak akan bermaksud jahat terhadap Hasan bin Ali, baik secara tertutup ataupun secara terang-terangan, dan dia tidak mengancam ataupu menakut-nakuti seorangpun dari para pengikut Hasan. “

Disaksikan oleh Abdullah bin Harith dan Amr bin Salamah. Teks yang ditulis oleh Hasan sendiri itu diserahkan kepada Muawiyah oleh Abdullah al-Hariths untuk diketahui oleh Muawiyah dan siapa saja daripada kalangan pengikutnya.

(sila rujuk dalam buku yang berjudul “Fitnah terbesar dalam sejarah Islam oleh Taha Husain: Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur, 1990, ms. 602-604).

Bagi Muawiyah,, semua syarat-syarat tersebut pada mulanya dipersetujuinya, semua syarat-syarat tersebut bukanlah suatu perkara yang penting baginya, baginya asalkan sahaja dia dapat berkuasa sepenuhnya dan semua orang tunduk dibawah kekuasaanya, itulah yang dicita-citakan. Ternyata kemudian Muawiyah bin Abi Sufyan mengingkari seluruh isi perjanjian itu, terutama terhadap ahlul bait, berbagai perbuatan khianat dan jahat telah dilakukannya. Allah Maha kuasa dan Maha adil, sesiapa berbuat jahat, maka akhirnya kejahatan itu akan menimpa dirinya sendiri.

Setelah menyerahkan kekuasaannya kepada Muawiyah, maka Saidina Hasan dan keluarganya kembali ke Madinah dan menetap disitu sehingga beliau berpulang kerahmatullah, pada hari Khamis, 7 Shafar tahun 49 H, dalam usia 47 tahun .

Ketika Saidina Hasan wafat (menurut sejarah diracun oleh orang suruhan Muawiyah bin Abi Sufyan), adiknya Saidina Husin r.a. bersama ramai kaum Muslimin ingin mengebumikannya didekat pusara datuknya (Nabi Mohammad s.a.w.) tetapi sayang telah mendapat gangguan dan halangan dari beberapa pihak yang tidak bersetuju Saidina Hasan dikebumikan didekat maqam datuknya, dengan adanya hujan panah keusungan Saidina Hasan r.a. Akhirnya jenazah Saidina Hasan dimakamkan di Jannatul Baqi.

Saidina Hasan telah lama wafat, telah lama meninggalkan kita ummat Islam. Meskipun demikian segala pengorbanan dan perjuangannya, akan tetap menjadi kenangan abadi bagi kita semua. Disamping itu berbagai mutiara Hikmah juga boleh menjadi panduan bagi mereka yang arif bijaksana, antara lain beliau berkata:

* Ajari manusia tentang bidang ilmu yang kau kuasai, dan belajarlah selain dari selainmu, dengan demikian kamu membenahi ilmumu atau justru mendapat ilmu baru yang belum engkau ketahui.

* Persaudaraan yang sejati adalah tetap setia menemani dikala duka dan gembiara.

* Orang yang rugi (kepapaan) adalah membiarkan bagianmu berlalu padahal telah ditawarkan kesempatan kepadamu.

* Orang dermawan , iaitu orang yang memberi sebelum diminta.

* Kebaikan itu adalah ketika memberi tanpa didahului permintaan dan tidak diikuti ungkitan.

* Kehancuran manusia ada dalam tiga perkara; kesombongan, ketamakan serta sifat hasad (dengki). Kesombongan menyebabkan hancurnya agama, dan karenanya iblis dilaknat. Rasa tamak adalah musuhnya jiwa, dan karenanya Adam dikeluarkan dari surga. Hasad dengki adalah pusat kejelekan yang karenanya Qabil membunuh Habil.

*Kesempatan itu cepat hilangnya dan lambat untuk terulang kembali.

* Kerabat itu adalah orang didekatkan oleh rasa cinta, walaupun ia jauh dari sisi nasabnya.

* (Kamu akan) tercela, ketika kamu tidak mensyukuri nikmat.

*Ketahuilah bahwa siapa yang bertaqwa kepada Allah, maka Allah akan menjadikan baginya jalan keluar dari fitnah, akan meluruskan setiap perkaranya, akan menyiapkan baginya jalan kebaikan, akan menguatkan hujjahnya atas lawan-lawannya, menjernihkan wajahnya, dan akan menuruti keinginannya bersama orang-orang yang telah Allah berikan nikmat atas mereka seperti para nabi, para siddiqin dan para syuhada serta shalihin

(dipetik dari buku karangan Fatih Guven, terjemahan Hasyim alhabsyi, terbitan yayasan Islam Al-Baqir., 1995)

Tuesday, August 10, 2010

Ramadan Al-Mubarak..

Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak..Semoga ibadat puasa yang dikerjakan dapat mengawal kita dari melakukan segala kemaksiatan..Amin.

Saturday, July 10, 2010

Aku dengar dan aku lihat..

Perkara-perkara menarik..yang AKU DENGAR DAN AKU LiHAT, samada perkara baik, mahupun yang buruk, yang boleh dijadikan tauladan, dan bermacam-macam lagi, akan aku muatkan didalam blog ini. Semoga ada pengajaran dan manafaat kepada kita selama kita hidup dibumi ALLAH SWT ini..AMiN..