Tuesday, August 31, 2010

Ramadan - Antara Peristiwa Penting Yang Pernah Berlaku

21 Ramadan - Saidina Ali bin Abi Talib telah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Pesanan terakhir kepada anak-anaknya "BERTAQWALAH KEPADA ALLAH.."

Ucapannya yang terakhir "AKU TELAH MENANG DEMI TUHAN KAABAH.."

Kita menangisi kematiannya. Dia meninggalkan kita untuk bertemu dengan kekasihnya. Pernah Saidina Ali membeli dua pasang baju yang sama mutunya, ada yang bertanya mengapa sampai dua, beliau menjawab "Satu untuk aku dan satu lagi untuk pembantu ku.."

Seorang yang miskin dan lumpuh pernah dirawat dan dibersihkan oleh Saidina Ali setiap hari sebelum beliau menjalankan tugasnya sebagai Khalifah. Sebaik sahaja simiskin dan lumpuh itu menerima berita tentang kematian Saidina Ali, beliau terus meratap sayu kerana beliau baru menyedari orang yang merawat dan membersihkannya selama ini adalah seorang Khalifah.

Saidina Abu Bakar R.A pernah mendengar Nabi SAW bersabda.."Memandang wajah Ali adalah ibadah.."

Syukur kepada Allah kerana menjadikan Ali untuk kami ikuti. Selawat..

(Ada juga pandangan yang mengatakan Saidina Ali menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 17 Ramadan Tahun 41 Hujrah bersamaan tahun 661 Masehi)

No comments:

Post a Comment